Followers

Kucing dan Anjing dalam Islam dan Kajian Sains


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengiut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Anjing merupakan seekor haiwan yang haram bagi agama Islam yang kita anuti. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui atau untuk mengambil tahu kenapa anjing tidak boleh dipelihara dan disentuh seperti yang ternaktub di dalam hukum-hukum ibadat agama Islam.
Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)
Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.
Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.

Penyakit apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor.
Islam tidak mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah menggunakan tanah (samak)

Mengapa samak menggunakan tanah? sebab hanya menggunakan tanah sahaja terbukti dapat membunuh kuman-kuman rabies yang tidak dapat dihapuskan walaupun dengan air yang mendidih.

Apa yang mengecewakan, terdapat pandangan masyarakat melayu kelas atasan (tidak tahu sama ada tahu akan hukum atau tidak ) membela anjing dan suka-suka hati memegang anjing. Lagi teruk, membiarkan anak-anak mereka dijilat anjing kononnya untuk kemesraan sesama makhluk. Alahai…….



Early-stage symptoms of rabies are malaise, headache and fever, progressing to acute pain, violent movements, uncontrolled excitement, depression, and hydrophobia. Finally, the patient may experience periods of mania and lethargy, eventually leading to coma. The primary cause of death is usually respiratory insufficiency.Worldwide, roughly 97% of rabies cases come from dog bites. - wikepedia

97% punca penyakit rabies adalah daripada ANJING, bahaya penyakit ini boleh membawa kepada koma, Tidakkah fakta saintifik ini cukup mengerunkan kita supaya menjauhi anjing? Hanya anjing-anjing yang sudah divaksinkan dapat terlepas dari virus rabies ini, di kebanyakan negara maju, program vaksin rabies dilaksanakan oleh kerajaan mereka, sekurang-kurannya dapatlah juga mencegah penyakit rabies ini, tapi negara kita Malaysia ini ada ke? Jawapannya

Tiada

Marilah kita bersama amalkan doa ajaran nabi saw supaya terlepas dari penyakit yang merbahaya.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَالْبَرَصِ وَسَيِّئِ الْأَسْقَامِ

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengucapkan: "ALLAHUMMA INNI A'UUDZU BIKA MINAL JUNUUNI WAL JUDZAAMI WAL BARASHI WA SAYYI`IL ASQAAM (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit gila, lepra, kusta dan penyakit yang ganas)." - sunan nasa'i

2 comments:

Ahmad said...

Salam. Boleh nyatakan sumber rujukan untuk kajian yang dinyatakan?
Kata-kata Rasulullah adalah yang benar, tetapi kalau berkenaan fakta sains di atas, ada beberapa perkara yang pada pengetahuan saya kurang tepat dan bercanggah. Mungkin reference tuan boleh menjelaskan lagi isu ini.

Anonymous said...

perkataan "samak" tu untuk menyucikan kulit binatang
sila minta admin semak balik kitab
bab menyucikan nazis mughalazah ada dalam bab "menyucikan najis" bukan bab samak.

Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebarkan Walau Sepotong Ayat