Rakan Bloggers

Sheikh Sharifuddin hanya berumur 5 tahun

Sesungguhnya petanda-petanda kedatangan hari akhirat semakin jelas di mata semua umat manusia.Semakin banyak kejadian-kejadian yang dianggap manusia sebagai pelik dan ajaib.Sebaliknya,bagi Islam itu sendiri , ini adalah sebahagiannya daripada pembuktian Allah itu Ada – sifat wajib bagi Allah yg pertama dan sekaligus membuktikan bahawa Agama Islam adalah agama yang benar.Tiada agama yg tinggi selain dari agama Islam.

Walaupun begitu,saya berpendapat bakat semulajadi yang dianugerahkan Allah kepada anak comel dari Mesir ini yang mana beliau telah memulakan siri ceramah2 tentang kebesaran Allah dan isu2 semasa yang lain semenjak usia 5 tahun lagi, adalah sebagai peringatan Allah SWT kepada para hambaNya di muka bumi ini.Hal ini tidak terjadi kepada Muslim Saeed sahaja,bahkan di Timur Afrika iaitu di tanzania juga lahir seorang imam kecil yang dinamakan sheikh sharifudin yang boleh berbahasa semacam 4 bahasa – swahili,english,arab,french juga telah membuka mata penduduk afrika kerana telah mengISLAMkan lebih dari 50,000 umat manusia di afrika sahaja..Subhanallah!!!

Walaupun dia bukan lah graduan yang ada ijazah, dalam umur 1 tahun dia telah pandai membaca Quran dan dia boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Inggeris, Perancis, Itali, Arab dan Swahili tanpa pergi belajar....dan ayat pertama yang diucapkan adalah " kalau kamu beriman kamu akan diterima oleh Allah" yang dicakap dalam bahasa arab padahal dia bukan lah orang arab dan dia juga berkata bahwa dia akan hafiz Quran dan akan menghafal semua maksud Quran pada masa itu umutnya baru 1 tahun setengah dan dia juga sembahyang 5 waktu sehari pada waktu itu.

Budak ini dilahirkan dalam keluarga kristian dan sejak berlaku keajaiban pada budak ini... ibu bapanya pun memasuki agama Islam... begitu hebatnya kuasa Allah. tak terjangkau oleh akal....dan orang Islam yang telah melihat kejadian ini telah beriman dengan Allah dengan sebenar benarnya dan orang bukan Islam yang telah melihat kejadian ini telah memasuki agama Islam.






1 comments:

sabut kelapa said...

Semoga dengan peristiwa ini semakin memperkuat iman dan taqwa kita kepada Allah azza wajalla

Text Widget

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" - Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi



Copyright © Insan Insan Pendakwah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com