Rakan Bloggers

Fahaman Sekular dan Ajaran Sesat



Allah berfirman :" Huallazi Arsala Rasuulahuu Bil Hudaa Wadiinil Haq , Liyuzhirahuu 'Aladdiini Kullihii Walau Karihal Musyrikuun. Arti mudahnya ; Allah mengirim para penyampainya dengan pertunjuk dan agama islam yang haq, supaya NANTI AKAN MENANG LAGI menguasai dan BERADA DI ATAS semua agama di dunia ini''

Salah satu ayat yang ingin kami berikan perhatian ialah sepotong ayat seperti yang telah dinyatakan seperti di atas tadi. Ayat ini memberikan erti pada asalnya dengan maksud yang hampir seperti ini ; "Dialah Allah yang telah mengutuskan para Rasulnya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya dizahirkan akannya agama di atas sekalian agama di muka bumi ini sekalipun dibenci oleh orang orang yang mensyirikkan Allah." Wallahul muafiq, wallahua'lam.

Allah swt telah pun mengutuskan sekalian para rasul sebagai penyampai firman dan tuntutan Allah kepada segenap umat semenjak dari umat nabi Adam berturut turut sehinggalah sampai kepada umat Nabi Muhammad saw. Perkara ini telah pun berlalu sehingga kita dikhabarkan secara ghaib bahawa nabi dan rasul itu melebihi jumlah maklum yang sedia ada sebanyak lebih dari 124 ribu orang. Kita hanya diwajibkan mempercayai paling kurang dari jumlah mereka ini iaitu sebanyak 25 orang rasul sahaja. Lalu bagaimana dengan baki jumlah nabi dan rasul sebanyak 123,975 orang lagi itu ? Adakah harus kita tinggalkan begitu sahaja dari kerana kelemahan kita untuk mencapainya. Ya, kita lemah untuk menilai dan mengkaji sejarah mereka kerana keterputusan zaman. Bahkan sebahagian dari mereka adalah insan penyampai yang tidak disangkakan orang kewujudannya.

Dari Abi Dzar Al-Ghifari radhiyalllahu 'anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, "(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi." Para sahabat bertanya lagi, "Lalu berapa jumlah rasul di antara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus dua belas orang." (HR At-Tarmizi)

Perkara seperti ini amat membingungkan hati para abid yang tidak mengenali mereka. Mereka tidak bersembunyi dari manusia, kerana mereka digerakkan dengan petunjuk terus ke dalam hati mengkilat mereka untuk mendekati manusia yang tercapai oleh tangan dan kuasanya. Ramai yang tidak menyangka yang sedang memberikan kuliah kuliah dan pengajaran serta peringatan pada mereka waku itu sebenarnya adalah salah seorang dari rasul rasul Allah swt. Dari apa yang kita dan umat terdahulu tahu nabi Muhammad dan 24 rasul itulah Rasulullah saw. Walhal jumlah utusan itu amat banyak sehingga melepasi zaman akhir Muhammad saw itu sendiri. Utusan yang dimaksudkan adalah para imam atau khalifah Allah :

Nabi Muhammad saw bersabda: “Suku Israel dipimpim oleh Nabi-nabi. Jika seorang Nabi meninggal dunia, seorang nabi lain meneruskannya. Tetapi tidak ada nabi yang akan datang sesudahku; hanya para kalifah yang akan menjadi penerusku (HR. Bukhari, Kitab-ul-Manaqib).


Utusan dari Allah tidak akan berhenti untuk memperingatkan umat kepada kebaikan dan menjauhi mungkar pada setiap masa sepanjang zaman. Setiap rasul utusan Allah mempunyai kriterianya yang tersendiri sesuai dengan zamannya. Jika zaman umatnya waktu itu mengagung agungkan sihir maka Nabi Musa as sebagai contohnya muncul dengan keilmuan hikmah melalui tangan bercahaya dan tongkatnya yang amat sakti. Jika umat dizamannya memuja muji syair maka muncullah utusanNya membawa Quran yang tersusun padanya kalimat melebihi keindahan syair. Jika umatnya kuat dan bertenaga raksaksa maka muncullah utusannya yang boleh meleburkan besi. Begitulah seterusnya Allah melahirkan para utusannya yang disiapkan untuk memperingatkan azab dan janji gembira kepada sekalian hambaNya sepanjang masa.

Begitu juga kita yang hidup dizaman yang serba canggih dan moden dari semua sudut kehidupan ini maka lahir utusan yang akan sentiasa dan terus menerus memberi peringatan termasuk para mujaddid yang dijanjikan lahir pada setiap awal kurun di tahun tahun dunia ini. Utusan utusan atau wakil wakil tuhan yang menyarungkan zaman semasa ke dalam diri tubuhnya dengan bantuan tunjuk ajar dari Allah swt supaya seiringan dengan keadaan berdirinya sesama umat yang mengkagumi kemajuan ilmu dizamannya. Tidak hairanlah jika dikatakan seandainya lahir utusan Allah dizaman kita ini maka mereka mempunyai kebijaksanaan mengelola ilmu moden yamg lebih hebat dari penciptaan teknologi atom nuklear. Malah mereka akan menjadi lebih hebat dengan menghasilkan ciptaan peralatan senjata yang tidak dapat ditandingi oleh umat kafir yang menguasai teknologi persenjataan semasa pada hari ini. Imam Al Mahdi, seorang manusia kebanyakkan yang dengan izin Allah terpilih menjadi pelopor besar bangsa akhir zaman banyak memilikki kelebihan dari segi kemajuan teknologi tinggi hasil tuntunan cahaya ilmu yang menyelinap di dadanya tanpa menekuni keilmuan orang orang barat masa kini.

Apabila ditekuni ayat di atas tadi , maka dapat diperhatikan bahawa ia bukan saja merujuk kepada para nabi dan rasul yang telah diutuskan terlebih dahulu. Malah ia seolah olah menghidupkan semula ayat yang telah berlaku peristiwanya kepada sejarah yang akan berulang, malah lebih besar dan dahsyat lagi seperti yang akan datang.

Pada hari ini kesyumulan islam di peringkat dunia tenggelam kerana dengan sengaja ia ditindih oleh fahaman sekular dan ajaran ajaran sesat baru yang lebih diciptakan secara sengaja untuk melemaskan islam pada keseluruhannya. Ini kerana mereka kaum kuffar sangat memperhatikan berita ghaib yang mereka terima dari syaitan yang menunjukkinya bahawa jika agama islam ini tidak dikekang kewujudan dan perkembangannya maka pada suatu ketika nanti ia akan memusnahkan keagungan yahudi dan kristian yang sedang menempa nama dimata dunia.

Di atas pengetahuan mereka yang tajam dan tepat dalam meramalkan sesuatu perkara melalui para kahin terlaknat itu, mereka berkeyakinan penuh bahawa islam akan kembali mencapai titik kegemilangannya. Pengetahuan di sisi mereka mengenai perkembangan islam pada akhirnya nanti sebenarnya jauh lebih dalam dan teliti berpandukan ajaran taurat dan injil asli yang di selewengkan mengenainya di dalam beberapa perenggan dan ayat yang telah di ubah secara bijaksana dan amat berhati hati. Walaupun begitu makar mereka akhirnya terbongkar setelah seribu dan empat ratus tahun kemudian dengan penemuan satu demu satu bukti bahawa ternyata benar taurat dan injil sudah di palsukan. Bukti mengenai pemalsuan ini silakan melayari laman laman khas yang membongkar perkaranya.


Oleh itu segala persiapan telah diaturkan. Penyusupan masuk secara tidak disedari oleh umat islam ke dalam islam berlaku secara berperingkat. Sehingga kesannya tidak dapat dirasai. Sebagai contohnya bagaimana mereka berusaha bermati matian mengenengahkan amalan riba' melalui perbankan yang mereka taja. Umat islam sehingga kini seolah olah tidak merasa kekok menyebut faedah atau bunga yang jelas perkaranya ditegah oleh syara'. Akhirnya kita terpaksa hidup di dalam keadaan daruri menapakkan kaki di atas jual beli yang diasaskan oleh kadar bunga atau faedah yang berunsurkan riba. Ternyata ini adalah kejayaan besar mereka umat yahudi yang ingin melihat seluruh manusia tunduk berteleku di hadapan para pendeta hartanya sekaligus para pendeta rabbinya. Begitu juga sistem cukai yang dijalankan di tanah air kita dan di seluruh dunia, tiada satu pun tanah yang tidak dibayar cukai yang mengelirukan syarak. Kita walaupun setiap hari berkata mengenainya tetapi hakikatnya kita memijak bumi yang tercukai melalui cara mereka. Bumi mana lagi yang tiada cukainya.

Begitu juga dengan sistem pemerintahan negara yang tidak mengamalkan cara islam sepenuhnya. Mereka dengan berani memintas kerajaan yang ada dengan kata kata yang sememangnya kasar itu cuba untuk bersuara untuk menegakkan pemerintahan mengikut hukum Allah. Pintasan kata ini sebenarnya bukan tidak disengajakan tetapi ramai yang sengaja dengan merasakan kaedah itu tidak bersalah dalam usaha menegur kepimpinan. Aslinya Imam Ghazali Hujjatul islam menolak fahaman orang orang yang cuba menegakkan kebenaran menegur raja atau pemimpin dengan cara yang ada seperti hari ini. Ada kaedah tertentu yang paling baik untuk menegur mereka, bacalah ihya ulumuddin dan terjemahannya. Nanti akan terjumpa mengenainya. Sudah ditakdirkan Allah perkara yang salah dan syubhat umat ini menerimanya sebagai suatu kebaikan sedangkan itu adalah kesalahan. Rujuklah sebuah hadis mengenai ini di dalam fitan walmalahim. Kami segan ingin menuliskan hadisnya seolah olah kami ingin bertegang urat di dalam hal ini.



Termasuk perkara menghalalkan cara mengumpat dan memaki hamun di antara parti yang ada di negara kita ini. Setahu kita kaedah itu memang mereka membenarkan tetapi kenapa kita ini menyokong dan mengikuti langkah pemimpin yang suka menghamburkan kata kata ahli neraka kebanyakkannya.

Begitulah keadaan suasana pertembungan dua parti yang selamanya tidak akan bersatu hasil mahsul kerja keras yang dijalankan oleh yahudi dan nasrani dengan menyerapkan sistem demokrasi yang ternyata gagal menyatukan umat muslimin malah berpecah menjadi kelompok kecil akhirnya. Maka tercapailah hasrat mereka untuk menjerumuskan umat islam ke dalam kancah pertempuran kecil kecilan yang kelihatan begitu berapi api semasa di dalam dewan rakyat tetapi begitu lemasnya di dalam pelukan dan senyuman manis sewaktu di luar dewan dengan penuh rasa terbuka kononnya, walhal itulah namanya bermuka muka. Sehinggalah anak anak muda di kampung merasai tempias hangitnya api memberontak sesetengah mereka di pentas ceramah. Ini semua jika dilihat dari suatu sudut seperti lakunan drama ala ala yahudi dan nasrani. Demokrasi dan sekalian 'term and conditionnya' adalah terma dari yahudi keseluruhannya. Ingat atau tidak bahawa sistem ini datang dari dwi kepartian negara British selepas negara itu melaksanakan revolusi inggeris 1688M yang mengakibatkan salah seorang pemimpin agungnya adalah ketua yahudi. Revolusi Amerika sekitar 17oo ke atas , Revolusi Perancis 1799M dan akhir sekali Revolusi Paksi Kejahatan Dunia Dan Akhirat Syurga Dan Neraka , Revolusi Iran yang menimbulkan keresahan Rasulullah SAW 1431 tahun yang lalu. Iran adalah negara yang bertanggung jawab melahirkan "Dajjal Besar Akhir Zaman Itu". Sila rujuk hadis, yang bertebaran di internet. Apa yang sudah berlaku pada hari ini, yahudi akhirnya telah berjaya melahirkan sebuah negara dan pengamal islam tiru tiruan berasaskan mazhab syiah ibnu saba' yang masuk islam untuk mendapatkan habuan tertentu dari pendeta yahudinya pada asalnya. Akhirnya ia menjadi ikuta Khomeini yang terlaknat Allah swt melalui perkhabaran ghaib yang saya terima waliyazubillah. Diriku memohon ampun di atas keceluparan ini semuga janganlah umat islam meneruskan impian untuk melakukan revolusi seperti mereka pula di Malaysia atau di Indonesia tercinta ini. Sia sia perjuangan kamu dengan membunuh orang tua dan anak anak termasuk merusak harta yang amat dilarang oleh Baginda Rasulullah SAW melalui hadis kaedah berjihadnya.



Mereka juga tidak merasa segan dan takut atau rasa serba salah apabila mula menyebut nama seseorang pemimpin dengan segala keaibannya. Perkara umpatan ini sudah melarat dihati kita. Nampaknya tiada peluang untuk dirawat, kerana perbuatan itu sudah disangka baik dan betul serta tidak akan tersalah selagi masih disebut di dalam lingkungan itu. Orang yang cuba menegur dituduh dengan kata kata yang kasar lagi menengking kerana tidak mengikut hukum Allah dan dituduh pula sebagai anjing kerajaan. Perkara yang menghairankan ialah orang yang ditegur itu sendiri telah melanggar hukum Allah juga bukan semestinya hukum potong tangan yang tidak dilaksanakan ke atas pencuri. Alangkah nasibnya insan yang akhirnya jadi begini, walhal sebelumnya disulami dengan ayat ayat retorik pengindah dan pelengkap ceramah dwi parti menggunakan ayat alquran dan hadis nabi SAW.

Oleh itu wajarlah Huzaifah r.a diisyaratkan supaya jangan lagi bercampur dengan manusia . Hendaklah bersiap membawa diri ke dalam hutan berzikir sampai mati di situ. Itu adalah saranan Baginda Rasulullah SAW kepada Huzaifah r.a jika berada dikalangan muslimin yang sudah terjebak dengan budaya kata mengata dan mempertikai dua puluh empat jam sehari. Mereka telah berjaya disesatkan tanpa disedari melakukan jenayah dan dosa yang amat besar di sisi Allah apabila mula memburukkan manusia yang lain. Inilah zaman syubhat dan zaman tipu daya yang haram jadi halal. Yang halal jadi haram kerana kebiasaannya sudah merata begitu. Sehingga tiada rasa segan silu untuk berzina di depan camera handset. Tiada rasa malu mulut menyebut celanya orang.

Layaklah hadir dari sekian banyaknya manusia seorang pemimpin yang dapat membantu kita keluar dari kemelut syubhat ini ke cahaya yang lebih terang bersinar, kerana di sanalah adanya rahmat Allah SWT.

Imam atau khalifah inilah yang menjadi utusan Allah secara automatik membukakan lapangan baru berjihad fisabilillah untuk menuntut kebaikan tetapi mereka tidak mahu memberikannya, akhirnya mereka berjuang dan mereka memenanginya. Mereka bukan terdiri dari manusia yang syubhat itu tetapi mereka ini adalah manusia yang menongkatkan lidah mereka ke langit dan menundukkan pandangan mereka ke lantai bumi setunduk tunduknya. Merekalah tentera tentera Allah dari bumi yang akan mendapat maunah pertolongan dari para rijalul ghaib untuk mendapat kemenangan TKO. Islam akan naik ke mercu tanda yang sebenarnya dengan kemenangan yang mudah tanpa melalui kepayahan yang amat memeritkan. Mana mana kaum yang dibantu Allah akan mudah mendapatkan kejayaan tanpa kesukaran dan kepayahan yang mematikan diri atau akal fikiran.


Nantikanlah kegemilangan islam bermula sebelum Imam Mahdi Al Muntazar ( Pemimpin yang dituntun Allah yang dinanti nantikan) itu muncul membelah bumi dengan tangannya yang suci mengambil sekalian khazanah untuk mengembalikan kekuatan dan empayar islam terbesar dan terluas di akhir zaman.

Ya Allah ya tuhan kami, kau lindungilah anak anak itu. Anak anak nakal jalanan yang akan memimpin negara sebesar dunia nusantara ini ke mercu gading empayarnya. Anak anak yang berhingus yang tiada siapa pun menyangka akhirnya menjuarai pertandingan gusti world wrestling federatiaon dan world wrestling champion. Pukulan dari anak anak dan cucu cucu ini adalah pukulan yang menghancur dan mematikan atau dengan perkataan lain.. TKO.

Sumber
Blog Mari ke alam jin, Al Quran dan Hadis

3 comments:

satriopanulis said...

Nabi Ibrahim diriwayatkan hanya mempunyai dua anak laki-laki yang keturunannya akan menjadi BANGSA-BANGSA BESAR, keduanya adalah Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Nabi terakhir dari keturunan Nabi Ismail adalah Nabi Muhammad Bin Abdullah sedangkan Nabi terakhir dari keturunan Nabi Ishak adalah Nabi Isa Al Masih Ibnu Maryam.
Nabi Isa Al Masih Ibnu Maryam adalah Nabi PEMBAWA BERITA GEMBIRA (INJIL).
5:46, Al-Maidah
DAN KAMI IRINGKAN JEJAK MEREKA ( NABI - NABI BANI ISRAIL ) DENGAN ISA PUTERA MARYAM , MEMBENARKAN KITAB YANG SEBELUMNYA , YAITU : TAURAT . DAN KAMI TELAH MEMBERIKAN KEPADANYA KITAB INJIL SEDANG DI DALAMNYA ( ADA ) PETUNJUK DAN CAHAYA ( YANG MENERANGI ) , DAN MEMBENARKAN KITAB YANG SEBELUMNYA , YAITU KITAB TAURAT . DAN MENJADI PETUNJUK SERTA PENGAJARAN UNTUK ORANG - ORANG YANG BERTAKWA .

Nabi Muhammad Bin Abdullah adalah Nabi PEMBERI PERINGATAN (QURAN/Adz-Dzikr) QS(15:9) Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur'an), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

CIRI-CIRI IMAM MAHDI

1. Seorang Muslim (Umat Nabi Muhammad Bin Abdullah);
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

“ Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezhaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun. (HR. Abu Dawud dan al-Hakim) ”
“ Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim) ”

“Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

2. Memahami INJIL, karenanya Imam Mahdi akan mengenal Isa Al Masih Ibnu Maryam;
Daripada Jabir r.a. katanya : "Sabda Nabi s.a.w. : "Akan turunnya Isa bin Maryam, kemudian berkata pemimpim mereka al-Mahdi : "Mari sembahyang bersama kami." Jawab Isa : "Tidak, sesungguhnya sebahagian mereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain sebagai penghormatan dari ALLAH kepada umat ini." Dan hadith ini di dalam soheh Muslim dengan lafaz : "... Kemudian akan diturunkan Isa bin Maryam s.a.w.. Kemudian ketua mereka berkata : "Mari sembahyang bersama kami." Kemudian jawab Isa : "Tidak , sesungguhnya sebahagian kamu atas sebahagian yang lain itu pemimpin-pemimpin, ALLAH memuliakan umat ini." (Riwayat Muslim 225)

"Sekumpulan orang dari kalangan umatku akan berjuang
menegakkan kebenaran sehingga hampir tibanya kiamat,
apabila Isa ibnu Maryam a.s turun..pemimpin mereka memintanya
mengimamkan solat, tetapi Isa a.s menolaknya
sambil berkata “ Tidak, sesungguhnya di kalangan kamu ada
orang yang Allah telah jadikan pemimpin ke atas yang lain
dan Dia telah menzahirkannya untuk mereka”

~Sahih Muslim

Daripada Abu Hurairah ra Bahawa RSAW bersabda

"Apakah reaksi kamu semua apabila Isa anak Maryam turun
sedangkan Imam kamu adalah dari kalangan kamu?”

~Sahih Muslim, bab Nuzul Isa
~Sahih al Bukhari Kitab Bad’ul Khalq wa Nuzul Isa

Jadi HENDAKNYA, sudah waktunya MUSLIM untuk MEMPELAJARI dan MEMAHAMI INJIL, sebagai langkah untuk merintis MUNCULNYA IMAM MAHDI.

Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada
Abdullah bin Al harats bin Juzu’ Al Zubaidi

Telah bersabda Rasulullah SAW
“ Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis
kekuasaan untuk Al Mahdi.
[Mempersiapkan segala urusan untuk Al-Mahdi]

Anonymous said...

Turunnya Nabi Isa AS dari langit itu Hadis Israeliat.
Maksodnya Al-Mahdi muncul Pak Jesus turun lalu wafat.
Zaman gemilang Yahudi dan Nasara telah berkubor tamat.
Menanti Pak Jesus seperti Syiah dan Arkam tunggu penat.
Orang udah mati gak akan reborn mereka menuju Akhirat..

Anonymous said...

Pak Jesus diAlam Barzah ada diMekah menanti Alam Akhirat.
Jangan memandai2 suruh orang baca Injil Palsu nanti ramei sesat.
Intisari Injil Asli ada dlm Al-Quran sudah tersirat tersurat.
Kaji Al-Quran himpunan 104 buah Kitab dan Sohuf penuh Mukjizat.
Al-Mahdi gak perlu bantuan Bani lain yg udah expired tamat.
Al-Mahdi kaya dgn Ummat Muhammad yg sedia berkorban berkhidmat.

Sebarkan Walau Sepotong Ayat