Dalam meneruskan siri pembohongan dan pengkhianatan mereka supaya anggapan Syiah satu ajaran yang benar serta mengelakkan pengikut mereka terus tertanya-tanya tentang kemunculan Imam Mahdi, Agensi Berita "Fars" dari Iran telah menayangkan gambaran awal bagi Imam Mahdi yang berupa bentuk seorang lelaki tinggi akan tetapi ditutup mukanya dengan kain hijau.
Agensi berita tersebut berjanji akan mempamerkan muka dan gambaran penuh lelaki yang didakwa Imam Mahdi itu apabila sampai waktunya nanti.
Pengikut Syiah khasnya di Iran sentiasa menanti kemunculan Imam Mahdi dan ia menjadi salah satu i'tikad yang wajib dipercayai sebagai salah satu rukun iman mereka.
Pengikut Syiah sentiasa bertanya kepada Imam dan Hujjatullah mereka bilakah kedatangan Imam Mahdi yang menyebabkan imam mereka turut tergamam untuk menjawab.
Apabila Khomeini membentuk republik Islam ala-Syiah selepas revolusi 1979, Khomeini telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa Imam Mahdi telah mewakilkan kepada beliau dan imam-imam Syiah hari ini sebagai "pengganti Imam Mahdi" yang akan mentadbir dunia ini sementara menanti kemunculan Imam Mahdi yang sebenar. Ketika itu, Khomeini 'berjaya' mengurangkan persoalan pengikut mereka berkaitan Imam Mahdi.
--------------------------
Kelakar syiah ni....ada ke imam mahdi kena tutup litup macam suprise plak..sapa2 yang pecaya memang la bodoh
Dapatkan majalah lelaki percuma http://maskulinpower.blogspot.com




























